Keluarga Bugis

Forum khusus untuk mereka yang berdarah Bugis di Malaysia.
 
HomeHome  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  Log in  

Share | 
 

 Bugis di Perak

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin


Number of posts : 12
Registration date : 2007-06-04

PostSubject: Bugis di Perak   Tue Jun 05, 2007 12:59 am

Bole sape2 ceritakan sejarahnya, tq.....
Back to top Go down
View user profile http://keluargabugis.great-forum.com
Admin
Admin


Number of posts : 12
Registration date : 2007-06-04

PostSubject: Re: Bugis di Perak   Wed Jun 06, 2007 9:57 pm

Ni ada sket clue mcmana org2 Bugis bole bertapak di Perak:

"Pada tahun 1728, setelah mangkat "Marhum Sulong" (Raja Radin), adinda Baginda Raja Muda (Raja Inu) yang bersemayam di Bernam diangkat menjadi Sultan Perak yang ke-13, bergelar Sultan Mudzaffar Shah yang ketiga. Baginda kemudian berpindah ke Berahman Indera (Bota Kanan). Adinda Baginda yang bernama Raja Bisnu diangkat menjadi Yang di-Pertuan Muda atau Sultan Muda, dan bersemayam di Pulau Tiga, Lambor. Yang di Pertua Muhammad Shah ini berputerakan Raja Iskandar Raja Kimas, Raja Alauddin dan Raja Bongsu.

Dalam masa pemerintahan Sultan Mudzaffar Shah III, Orang-orang Bugis yang diketuai oleh Daeng Chelak, Yam Tuan Riau yang kedua, dengan membawa orang-orang Bugis dari Selangor, telah datang menyerang Negeri Perak. Negeri Perak berpecah dua. Adalah dipercayai orang-orang Bugis menyebelahi adinda Baginda, Yang di Pertuan Muda dengan disokong oleh beberapa Orang-orang Besar Perak. Yang di Pertuan Muda Muhammad Shah diangkat menjadi Sultan, bergelar Sultan Muhammad Shah. Maka dari tahun 1742 hingga 1743, Kesultanan Perak berpecah menjadi dua.

Dari Pachat hingga ke Ulu (utara) di bawah perintah Sultan Mudzaffar Shah III yang bersemayam di Kuala Kangsar dan dari Pachat ke hilir hingga ke Kuala Perak di bawah perintah Sultan Muhamad Shah yang bersemayam di Pulau Tiga. Tetapi tidak beberapa lamanya kemudian kedua adik-beradik berbaik semula. Sultan Mudzaffar Shah yang bersemayam di Kuala Kangsar dijemput balik oleh Sultan Muhammad Shah bersemayam di Berahman Indera.

Dalam tahun 1743 seorang Raja Bugis bernama Daing Selaili bergelar "Haji Besar" menawan beberapa orang Lanun di Pulau Sembilan dan menyerahkan Lanun tersebut kepada Sultan Mudzaffar Shah. Daing Selaili barkahwin dengan adinda Baginda bernama Raja Tengah dan dilantik menjadi Mufti Negeri Perak, kemudian menjadi Orang Besar Perak bergelar Maharaja Lela Tan Lela Putera Panchong Ta' Bertanya. Daing Selaili juga menjadi Pengawal peribadi Sultan.

Setelah Baginda Sultan Mudzaffar memerintah selama 28 tahun (1728-1754), Baginda mangkat pada hari Jumaat, 7 Zulka'edah, 1167 dan bergelar "Marhum Haji Allah" Baginda mangkat di Berahman Indera (Bota) dan dimakamkan di Kampung Selat, Bota Kanan."

dipetik dari : http://www.perak.gov.my/sultan/bahasa/mudzaffarshah_III.htm
Back to top Go down
View user profile http://keluargabugis.great-forum.com
mihad



Number of posts : 2
Registration date : 2010-07-05

PostSubject: Re: Bugis di Perak   Mon Jul 05, 2010 9:43 pm

Daing Selaili ni ade berapa adik beradik?
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: Bugis di Perak   

Back to top Go down
 
Bugis di Perak
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Keluarga Bugis :: Mengenai Orang Bugis :: Sejarah dan Kisah-
Jump to: